Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli SIM card baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.
Soalan 2: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan komisen?
Tidak. Pihak kami hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti Nama, Negeri, No.Telefon dan pengesahan pembayaran sahaja. Komisen akan dibayar terus ke akaun modal topup anda, bukan ke akaun bank.
Soalan 3: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
Ya. Server boleh melakukan jualan topup sebanyak manapun dalam tempoh 24 jam. Cuma, untuk mengelakkan agen melakukan kesalahan arahan topup berganda (double command), agen perlu memberi arahan topup seperti contoh C5.2.0196789011. Angka 2 menunjukkan anda ingin melakukan topup dengan jumlah dan nombor yang sama untuk kali kedua. Jika kali ketiga, tukarkan kepada angka 3 dan seterusnya. Format untuk double command boleh di rujuk di sini "FORMAT SMS"
Soalan 4: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkah ia ditarik balik?Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, Topup2u dan pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.
Soalan 5: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup.
Soalan 6: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Soalan 7: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.
Soalan 8: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai SHAKTOPUP?
Boleh. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga.
Soalan 9: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap tahun?
Yuran pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila.
Soalan 10: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang saya tambah selepas 3 jam, bagaimana?
Semak semula SMS yang anda hantar ke server. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul. Pastikan jua anda menambah modal ke akaun yang betul. Sila hubungi talian CARELINE jika anda mengalami masalah modal tak masuk.
Soalan 11: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai SHAKTOPUP?
Boleh. Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.
Soalan 12: Adakah saya akan dibekalkan dengan website untuk tujuan promosi?
Tidak.
Soalan 13: Adakah saya boleh menentukan sendiri yuran downline saya?
Boleh.
Soalan 14: Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan agen?
Tidak. Yuran yang anda dapat daripada pendaftaran downline adalah milik anda sepenuhnya. Hanya cas RM5 oleh syarikat bagi setiap pendaftaran downline yang berjaya.
Soalan 15: Bagaimana nak daftar downline?
Sila rujuk FORMAT SMS
Soalan 16: Bagaimana komisen agen/downline dikira?
Sila rujuk KEUNTUNGAN DAN PEMASARAN
Soalan 17: Saya melakukan tambah modal selepas jam 7pm. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika anda telahpun bank-in/transfer wang ke akaun Tambah Modal syarikat, sila hantar Format SMS bukti tambah modal pada keesokan hari selepas jam 9 pagi. Modal anda hanya akan diproses pada waktu 09:00 pagi - 07:00 malam.
Soalan 18: Adakah sistem topup ini dipercayai?
Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya mereka tidak tertipu. 100% keyakinan dan kepuasan diberikan. Kami tidaklah mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli topup Celcom RM5 dan anda bayar RM5. Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM5 tapi hanya perlu bayar RM4.80. Sekurang-kurangnya berjimat. Kami juga harap dapat membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda.
SHAKTOPUP di bawah satu bidang berniagaan yang ditaja oleh CLICKTECH ENTERPRISE (JR0019404-H). Manakala server topup adalah A&A Mobile yang diterajui oleh BENZMOBILE (KT0230033-M) carian SSM.